Wednesday 23 November 2011

Review : Renyah By Gunawan Mahmood

Assalamualaikum

  Hari ni aku khatamkan satu buku . Tapi ini lain , ini buku teks komsas tingkatan empat yang aku dapat pada hari terakhir persekolahan 2011 . Sesungguhnya aku rindukan sekolah dan kawan-kawan . Kembali kepada topik *batuk*

Buku ini ditulis oleh Allahyarham Gunawan Mahmood . Dalam buku ini juga ada disertakan gambarnya . Hensem sekali . Bagi yang ingin membaca tentang dirinya , boleh ke sini .

   Aku suka buku ini . Mungkin kerana minat membaca , aku suka semua buku yang aku baca . Tapi menurut kawan , buku ini tak best . Oh mungkin kerana kawanku itu terlalu meminati novel cinta gamaknya , sehinggakan langsung tidak meminati novel ini . Mungkin ?! . Tapi tidak bagi aku . Buku ini memberi banyak pengajaran kepada aku . Maaf , begitu sinis aku berkata-kata . Hehehe .

  Buku ini menceritakan tentang sebuah keluarga yang kaya raya . Tetapi mungkin lebih banyak menceritakan tentang seorang ayah yang juga berpangkat Dato' bernama DATUK DOLHI . Seorang bapa ini yang juga seorang ahli perniagaan yang berjaya begitu menginginkan yang terbaik buat anak-anaknya . Semuanya ditatang bagai minyak yang penuh . Apa yang diminta , semuanya dipenuhi . Dengan erti kata lain , anak-anaknya berada dalam zon selesa sahaja . Dan beliau sangat berharap bahawa suatu hari nanti , akan ada salah seorang dari anaknya yang dapat menggantikan beliau dalam meneruskan empayar perniagaannya yang dikongsi bersama seorang cina , Albert .

  Namun impian tidak semestinya menjadi kenyataan . Tiada seorang pun anaknya yang berminat untuk meneruskan usaha ayahnya itu kecuali WAHI , seorang anaknya yang juga anak kepada isteri keduanya . Tiada siapa pun yang tahu rahsia tentang isterinya itu . Anak-anaknya yang lain ? Hasnol - lebih suka bekerja kerajaan kerana tidak mahu bekerja lebih , Amiera - Lebih cenderung kepada bidang pendidikan , Dani - lebih suka menyanyi dan sanggup berhenti belajar untuk menjadi seorang rockers , Ilham - Begitu cenderung untuk menjaga alam sekitar sehingga sanggup masuk ke hutan untuk bersama mengajak orang asli menentang pembalakan , Mukhlis - menceburkan diri dalam bidang dakwah (ajaran sesat) yang akhirnya memakan diri .

  Akhirnya , Hasnol menerima rasuah dan ditangkap pihak berkuasa - Amiera menikahi Seorang Timbalan Menteri - Dani terjebak dalam dadah dan masuk ke pusat serenti , Ilham diburu pihak berkuasa kerana menghasut orang asli dan Muklis menjadi tidak waras apabila menikahi janda tok gurunya . Dan , hubungan Dato Dolhi dan Albert juga retak .

Maaf , kalau sinopsis ini agak pelik . Ya , saya tidak pandai dalam membuat sinopsis . Anda boleh membaca seraba-sedikit buku ini di SINI

Lagi , maaf jika banyak terdapat kesalahan ejaan disini - menaip dalam keadaan lorat (baca:cepat)
Ini sahaja ,bye

No comments:

Post a Comment