Friday 2 December 2011

Kesedaran .


BISMILLAH .

 Hari ini aku sedar . Aku perlu berubah . Ya Allah , hati aku sekarang ni begitu hiba , sedih . Sangat-sangat . AKU BANYAK BUAT DOSA . Terimalah taubat ku ini YA ALLAH . Sesungguhnya engkau maha pengampun dan maha pengasihani .

Buat teman-teman semua  .

Aku minta maaf sekiranya aku berbuat salah . Walaupun korang tidak mengenali aku . AKU MINTA MAAF SANGAT-SANGAT .

Aku nak berubah . Betul-betul nak berubah . Tidak sanggup lagi menanggung dosa-dosa ku ini . Ya , sekarang aku sedar . Setelah aku membaca blog seorang muslim . Ya Allah , peliharalah hatiku ini Ya Allah .

Catatan hati seorang muslimah ..

Saturday 26 November 2011

Sesungguhnya , aku perlukan pemanis mata .

Assalamualaikum .



Hari ni tidak hujan dan aku sangat bosan . Mana taknya , novel dan buku-buku baru sudah habis dibaca . aku perlukan pemanis mata yang baru !! .

  Kadang-kadang jealous juga dengan manusia yang selalu dapat buku baru . Aku ? kena kumpul duit sendiri baru boleh shopping . Itupun kalau ayah aku tidak busy untuk menghantar aku ke kedai buku . Ada yang sudi hadiahkan aku buku ? Silakan , silakan :)

Maaf , entri ini tersangatlah pendek . Sesungguhnya aku perlukan pemanis mata yang baru . Wassalam .

Thursday 24 November 2011

Persahabatan

Assalamualaikum :)

   Malam ni aku berkesempatan untuk menulis lagi . Dalam bilik yang gelap bertemankan cahaya daripada monitor . Hiperbola disitu . KONONYA . Ini entri ketiga dalam blog ini . Aku tahu , belum masanya untuk blog ini dijadikan blog istimewa ataupun blog wajib baca mahupun blog feveret . Bagaimanapun , terima kasih kepada pengikut (follower) pertama blog ini , aku sangat menghargainya .

  Persahabatan . Sangat mudah untuk disebut kan ? Tetapi , adakah mudah untuk menghayatinya ?? . Sepanjang aku hidup berbelas-belas tahun ini (jelas membuktikan bahawa aku baru belasan tahun) , aku ada ramai kawan . Ramai tidak bermakna beratus-ratus . Erk , mungkin hanya puluhan sahaja disekolahku kini . Bukan mudah untuk berkawan . Lebih-lebih lagi disekolah ku kini . Sekolah yang hebat dan mempunyai pelajar yang hebat-hebat juga . Aku ? kadangkala ada juga terasa kerdil .

  Aku seorang yang cerewet dalam memilih kawan . Mungkin ? Itu kata bondaku . Hmm mungkin juga kerana beliau hanya mengenali dua orang sahaja daripada berpuluh-puluh kawanku (Kedua-dua mereka mempunyai huruf pertama yang sama dalam nama iaitu N) . Kadang-kadang aku mengiayakan juga kata-kata bondaku itu . Mana taknya , jika aku mula berkawan dengan seseorang itu , aku akan perhatikan sifatnya dahulu . Jika mereka baik , maka baiklah aku dengannya dan aku akan berkepit dengannya kemana sahaja . Dan jika mereka tidak begitu baik , kami tidak akan rapat . Bukan nak kata aku baik sangat . Cuma kerana sifat aku sedemikian rupa . Kawan baik ? Ya , salah satu daripada N diatas . Aku rindu dia , kami sudah terpisah jauh . Dan mungkin juga dia sudah lupakan aku .

  Aku benci kawan yang suka mengecil-ngecilkan aku . Benci sangat-sangat . Kawan aku , B suka sangat mengecil-ngecilkan aku sehinggakan aku sudah serik . Kadang-kadang tidak juga . Aku selalu perhatikan , bila dia tiada kawan , laju sahaja bergelak ketawa denganku . Tapi , bila sahaja dia dikelilingi oleh kawan-kawan kami yang lain , pantas sahaja dia bergelak ketawa dengan mereka sehingga melupakan aku . Kadang-kadang juga , jika aku menyampuk kecil sahaja , mulalah memarahi dan memperlekehkan aku , lagi-lagi dalam bab yang dia rasakan aku kurang ambil tahu seperti gadget (Aku sebenarnya pencinta gadget tetapi aku diamkan sahaja , malah aku rasa yang aku lebih tahu daripada mereka , ini betul) . Oh helloooooo , kau ingat kau sorang je yang up-to-date ??!! . Terasa juga hendak berkata begitu kepada dia tetapi aku tahu , aku kena jaga hati dia , hmmmmmm  . Sekarang , bila B bergelak ketawa , aku lebih selesa berdiam diri , berbuat kerja sendiri , melarikan diri mahupun melayan perasaan seorang diri . Haha , nasib aku sebegitu rupa .

   Apa yang aku katakan diatas ini bukan bermakna aku tidak mempunyai kawan-kawan yang baik . Ada je . Itupun zaman sekolah rendah . Aku rasa , ketika kecil dulu lagi cepat berkawan . Walaupun selalu gaduh , kami tetap berkawan . Adakah kerana ketika itu kami belum matured ? . Ya sudah , aku mula teringat kisah persahabatan lama . Aku rasa aku perlu berhenti disini sahaja , perasaan rindu membuak-buak .

Wallahualam Bissawa'a .

Maaf kerana menulis terlalu formal , akanku cuba untuk menulis secara biasa . Terasa malu juga

 Source : X
.

Wednesday 23 November 2011

Review : Renyah By Gunawan Mahmood

Assalamualaikum

  Hari ni aku khatamkan satu buku . Tapi ini lain , ini buku teks komsas tingkatan empat yang aku dapat pada hari terakhir persekolahan 2011 . Sesungguhnya aku rindukan sekolah dan kawan-kawan . Kembali kepada topik *batuk*

Buku ini ditulis oleh Allahyarham Gunawan Mahmood . Dalam buku ini juga ada disertakan gambarnya . Hensem sekali . Bagi yang ingin membaca tentang dirinya , boleh ke sini .

   Aku suka buku ini . Mungkin kerana minat membaca , aku suka semua buku yang aku baca . Tapi menurut kawan , buku ini tak best . Oh mungkin kerana kawanku itu terlalu meminati novel cinta gamaknya , sehinggakan langsung tidak meminati novel ini . Mungkin ?! . Tapi tidak bagi aku . Buku ini memberi banyak pengajaran kepada aku . Maaf , begitu sinis aku berkata-kata . Hehehe .

  Buku ini menceritakan tentang sebuah keluarga yang kaya raya . Tetapi mungkin lebih banyak menceritakan tentang seorang ayah yang juga berpangkat Dato' bernama DATUK DOLHI . Seorang bapa ini yang juga seorang ahli perniagaan yang berjaya begitu menginginkan yang terbaik buat anak-anaknya . Semuanya ditatang bagai minyak yang penuh . Apa yang diminta , semuanya dipenuhi . Dengan erti kata lain , anak-anaknya berada dalam zon selesa sahaja . Dan beliau sangat berharap bahawa suatu hari nanti , akan ada salah seorang dari anaknya yang dapat menggantikan beliau dalam meneruskan empayar perniagaannya yang dikongsi bersama seorang cina , Albert .

  Namun impian tidak semestinya menjadi kenyataan . Tiada seorang pun anaknya yang berminat untuk meneruskan usaha ayahnya itu kecuali WAHI , seorang anaknya yang juga anak kepada isteri keduanya . Tiada siapa pun yang tahu rahsia tentang isterinya itu . Anak-anaknya yang lain ? Hasnol - lebih suka bekerja kerajaan kerana tidak mahu bekerja lebih , Amiera - Lebih cenderung kepada bidang pendidikan , Dani - lebih suka menyanyi dan sanggup berhenti belajar untuk menjadi seorang rockers , Ilham - Begitu cenderung untuk menjaga alam sekitar sehingga sanggup masuk ke hutan untuk bersama mengajak orang asli menentang pembalakan , Mukhlis - menceburkan diri dalam bidang dakwah (ajaran sesat) yang akhirnya memakan diri .

  Akhirnya , Hasnol menerima rasuah dan ditangkap pihak berkuasa - Amiera menikahi Seorang Timbalan Menteri - Dani terjebak dalam dadah dan masuk ke pusat serenti , Ilham diburu pihak berkuasa kerana menghasut orang asli dan Muklis menjadi tidak waras apabila menikahi janda tok gurunya . Dan , hubungan Dato Dolhi dan Albert juga retak .

Maaf , kalau sinopsis ini agak pelik . Ya , saya tidak pandai dalam membuat sinopsis . Anda boleh membaca seraba-sedikit buku ini di SINI

Lagi , maaf jika banyak terdapat kesalahan ejaan disini - menaip dalam keadaan lorat (baca:cepat)
Ini sahaja ,bye

Monday 21 November 2011

Permulaan .

Assalamualaikum w.b.t

Hi semua . Ya , ini saya . Si gadis bukan newbie dalam blogging kerana sudah mempunyai lebih kurang tiga buah blog . Ini blog rahsia . Tidak mahu dikenali umum bukan kerana rupa paras tetapi kerana hobi . Ya , hobi . Hobi tidak suka dikenali kerana merasakan dirinya tidak HOT . Okay ayat tunggang baling . WHO CARES kan ?!


Got to go . Nanti sambung . Wassalam ..