Thursday 24 November 2011

Persahabatan

Assalamualaikum :)

   Malam ni aku berkesempatan untuk menulis lagi . Dalam bilik yang gelap bertemankan cahaya daripada monitor . Hiperbola disitu . KONONYA . Ini entri ketiga dalam blog ini . Aku tahu , belum masanya untuk blog ini dijadikan blog istimewa ataupun blog wajib baca mahupun blog feveret . Bagaimanapun , terima kasih kepada pengikut (follower) pertama blog ini , aku sangat menghargainya .

  Persahabatan . Sangat mudah untuk disebut kan ? Tetapi , adakah mudah untuk menghayatinya ?? . Sepanjang aku hidup berbelas-belas tahun ini (jelas membuktikan bahawa aku baru belasan tahun) , aku ada ramai kawan . Ramai tidak bermakna beratus-ratus . Erk , mungkin hanya puluhan sahaja disekolahku kini . Bukan mudah untuk berkawan . Lebih-lebih lagi disekolah ku kini . Sekolah yang hebat dan mempunyai pelajar yang hebat-hebat juga . Aku ? kadangkala ada juga terasa kerdil .

  Aku seorang yang cerewet dalam memilih kawan . Mungkin ? Itu kata bondaku . Hmm mungkin juga kerana beliau hanya mengenali dua orang sahaja daripada berpuluh-puluh kawanku (Kedua-dua mereka mempunyai huruf pertama yang sama dalam nama iaitu N) . Kadang-kadang aku mengiayakan juga kata-kata bondaku itu . Mana taknya , jika aku mula berkawan dengan seseorang itu , aku akan perhatikan sifatnya dahulu . Jika mereka baik , maka baiklah aku dengannya dan aku akan berkepit dengannya kemana sahaja . Dan jika mereka tidak begitu baik , kami tidak akan rapat . Bukan nak kata aku baik sangat . Cuma kerana sifat aku sedemikian rupa . Kawan baik ? Ya , salah satu daripada N diatas . Aku rindu dia , kami sudah terpisah jauh . Dan mungkin juga dia sudah lupakan aku .

  Aku benci kawan yang suka mengecil-ngecilkan aku . Benci sangat-sangat . Kawan aku , B suka sangat mengecil-ngecilkan aku sehinggakan aku sudah serik . Kadang-kadang tidak juga . Aku selalu perhatikan , bila dia tiada kawan , laju sahaja bergelak ketawa denganku . Tapi , bila sahaja dia dikelilingi oleh kawan-kawan kami yang lain , pantas sahaja dia bergelak ketawa dengan mereka sehingga melupakan aku . Kadang-kadang juga , jika aku menyampuk kecil sahaja , mulalah memarahi dan memperlekehkan aku , lagi-lagi dalam bab yang dia rasakan aku kurang ambil tahu seperti gadget (Aku sebenarnya pencinta gadget tetapi aku diamkan sahaja , malah aku rasa yang aku lebih tahu daripada mereka , ini betul) . Oh helloooooo , kau ingat kau sorang je yang up-to-date ??!! . Terasa juga hendak berkata begitu kepada dia tetapi aku tahu , aku kena jaga hati dia , hmmmmmm  . Sekarang , bila B bergelak ketawa , aku lebih selesa berdiam diri , berbuat kerja sendiri , melarikan diri mahupun melayan perasaan seorang diri . Haha , nasib aku sebegitu rupa .

   Apa yang aku katakan diatas ini bukan bermakna aku tidak mempunyai kawan-kawan yang baik . Ada je . Itupun zaman sekolah rendah . Aku rasa , ketika kecil dulu lagi cepat berkawan . Walaupun selalu gaduh , kami tetap berkawan . Adakah kerana ketika itu kami belum matured ? . Ya sudah , aku mula teringat kisah persahabatan lama . Aku rasa aku perlu berhenti disini sahaja , perasaan rindu membuak-buak .

Wallahualam Bissawa'a .

Maaf kerana menulis terlalu formal , akanku cuba untuk menulis secara biasa . Terasa malu juga

 Source : X
.

No comments:

Post a Comment